Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Penambahbaikan Bantuan Kewangan Ringankan Beban Rakyat

By 3 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Tengku Saifulah Tengku Mohamed/Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 3 Jan (Malaysiaktif) – Bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 dilihat langkah bijak dalam terus membantu ekonomi rakyat ketika ini.

Sabtu lalu, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui Menteri Kewangannya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM adalah bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.

Bukan itu sahaja, bantuan tersebut telah ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan dan jumlah yang diterima adalah tertinggi berbanding sebelum ini menerusi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800 sahaja.

Sementara itu, hasil tinjauan di lapangan mendapati, orang ramai menyokong penuh bantuan berkenaan dan bersyukur apabila kerajaan sentiasa memahami dan menjaga kebajikan rakyat di negara ini.

Penjual kuih muih, Rubiah Ismail, 48, berkata inisiatif kerajaan menambahbaik bantuan berbanding BKP sebelum ini, merupakan langkah yang paling tepat seiring dengan keadaan ekonomi rakyat yang tidak menentu ketika ini.

Rubiah Ismail berkata BKM amat membantu rakyat pada saat genting ini.

Rubiah Ismail berkata BKM amat membantu rakyat pada saat genting ini.

“Ketika ini pelbagai lapisan masyarakat terhimpit dengan beban kewangan yang agak meruncing kesan daripada penularan wabak COVID-19 yang lalu.

“Pemberian bantuan yang diteruskan pada tahun ini, adalah langkah yang bijak dan terbaik untuk membantu rakyat membangun semula ekonomi mereka yang telah merosot sekian lama,” katanya ketika ditemui di sini, semalam

Di samping itu, Zuraida Abdul Wahab, 36, berkata pemberian berkenaan akan digunakan sebaiknya untuk membeli barangan keperluan seisi keluarga.

Zuraida Abdul Wahab berkata BKM benar-benar dapat menampung perbelanjaan harian keluarga.

Zuraida Abdul Wahab berkata BKM benar-benar dapat menampung perbelanjaan harian keluarga.

“Pemberian bantuan ini akan meringan sedikit beban kami sekeluarga nanti dan amat dinanti- nantikan oleh semua rakyat di negeri ini.

“Saya mempunyai tiga anak-anak yang masih bersekolah dan memerlukan kewangan yang tinggi berikutan anak-anak akan memasuki persekolah tahun baharu yang akan bermula pada minggu hadapan,” katanya lanjut.

BKM adalah bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Tinggalkan komen anda