
Laporan/foto: Liu Mei May/Iskandar (Sarawak)
BELAGA, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Sungai Dangan bakal menjadi tarikan destinasi ekopelancongan ke daerah Belaga. Perjalanan ke kawasan Sungai Dangan mengambil masa lebih kurang 25 minit dari Pekan Belaga dengan menggunakan jalan darat.
Menurut pemilik homestay Sungai Dangan, Unak Akah, 58 tahun, bahawa pemandangan air terjun yang indah dan persekitaran yang sejuk merupakan keistimewaan Sungai Dangan sehingga diberi julukan ‘The Hidden Gem’ oleh para pengunjung.
“Saya turut menyediakan pondok bagi memudahkan pengunjung untuk beriadah dan barbeku sambil memberi makanan kepada ikan yang dipelihara pemilik melalui kaedah sistem tagang.
“Tempat ini amat sesuai bagi mereka yang memerlukan ‘healing time’ serta mencari kebebasan daripada kesibukan kota”.
-ZS-