Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Masjid dan Surau Labuan Terima RM759 Ribu Sempena Ihya’ Ramadan

By 1 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus

LABUAN, 1 April – Sebanyak 16 buah masjid dan 45 surau di Labuan menerima bantuan sebanyak RM759 Ribu Sempena Ihya’ Ramadan.

Menurut Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Mohd Ajib Ismail, bantuan itu disumbangkan oleh MAIWP kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk membantu masjid dan surau melaksanakan aktiviti pengimarahan sepanjang bulan Ramadan 1443H di samping membantu memperkasa aktiviti-aktiviti pentadbiran.

Beliau turut menyampaikan watikah pelantikan amil 1443H kepada 16 daripada 45 orang amil yang ditugaskan untuk mengutip Zakat Fitrah pada Ramadan ini.

“Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah menetapkan tiga kadar zakat fitrah di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya iaitu RM7.00, RM14.00 dan RM21.00, bayaran zakat Fitrah boleh dibuat berpandukan kemampuan pembayar,” katanya yang ditemui pada majlis itu semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda