Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pelbagai Kaum Turut Meraikan Perayaan Deepavali

By 24 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

PAYA RUMPUT, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Konsep perpaduan yang ditampilkan dalam Sambutan Perayaan Deepavali kali ini telah dipamerkan pada Rumah Terbuka Deepavali Kenduri Rakyat Taman Paya Rumput Permai, di sini hari ini.

Pengerusi Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Paya Rumput Permai, Ganes Rethanam berkata pendekatan yang diambil untuk menyatukan pelbagai kaum dalam satu perayaan telah disambut baik pada kali ini.

“Majoriti tetamu yang hadir bagi bersama menyambut perayaan kali ini adalah dalam kalangan kaum Melayu dan Cina.

“Menjadi tradisi bagi KRT Taman Paya Rumput Permai apabila menyambut apa sahaja perayaan perlulah melibatkan penyertaan semua masyarakat tanpa mengira umur mahupun jantina bagi memeriahkan perayaan yang disambut setiap tahun,” tambahnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda