Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Kenali Sejarah Ngah Ibrahim di Muzium Matang

By 27 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Liza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)/Muzium Matang

MATANG, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Muzium Matang kembali rancak menerima kehadiran pengunjung sebaik dibuka semula pada penghujung 2021 selepas pengumuman kelonggaran perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menurut Ketua Pegawai Muzium Matang Noraini Hassan, 35, statistik pengunjung ke muzium ini mencapai tiga kali ganda terutama ketika cuti sekolah dan cuti umum.

“Kita melaksanakan pelbagai program menarik seperti Semarak@Muzium dan Pameran Menelusuri Jejak Tengku Menteri Ngah Ibrahim bagi menyuntik minat masyarakat untuk mengenali sejarah Kota Ngah Ibrahim.

“Program yang diadakan bukan sahaja untuk penduduk sekitar Matang bahkan ia telah menarik minat pengunjung dari luar untuk turut singgah ke muzium ini,” katanya ketika dihubungi.

Muzium Matang mempamerkan kronologi sejarah Menteri Ngah Ibrahim yang terkenal dengan perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama.

-ZS-

Tinggalkan komen anda