Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Sijil Arah Kiblat Stesen Minyak Bantu Tunaikan Solat Tanpa Ragu

By 22 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Feroz Othaman (Melaka Tengah)

MELAKA, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Majlis Penyampaian Sijil Arah Kiblat Stesen Minyak Melaka dengan kerjasama Petronas Dagangan Berhad dan Jabatan Mufti Melaka telah diadakan di Stesen Minyak Petronas Lebuh AMJ Semabok, di sini baru-baru ini.

“Saya percaya melalui perkhidmatan yang diberikan dapat membantu masyarakat islam dengan yakin untuk menunaikan ibadah tanpa ragu-ragu,” kata Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Wira Md Rawi Mahmud.

Menurutnya lagi dengan memperolehi sijil pengesahan tanda arah kiblat di surau disediakan oleh Petronas ini mendapat pengiktirafan bintang awam yang diperaku oleh seluruh pihak berkuasa tempatan.

“Bukan itu sahaja kerajaan Melaka juga akan membuat penyelarasan arah kiblat kepada 45 stesen minyak di negeri Melaka termasuk bangunan awam yang melibatkan masjid, surau, rumah kebajikan, tanah perkuburan serta sekolah akan diberikan secara percuma,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda