Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Merlimau Dahulu Gelap Kini Terang

By 30 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Zarul Afify

JASIN, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Merlimau yang dahulunya gelap kini sudah disinari dengan cahaya lampu berwarna-warni.

“Ini merupakan inisiatif yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhammad Akmal Saleh khususnya bagi penduduk di Merlimau.

“Saya berharap kawasan ini akan menjadi satu tarikan baru kepada masyarakat di dun Merlimau untuk beriadah bersama keluarga,” kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali ketika pelancaran ‘Merlimau Bercahaya‘ dan ‘Larian Merlimau Berpeluh 5.0’ di Dataran Orang Kampung, di sini kelmarin.

“Selain daripada itu, Dataran Orang Kampung juga boleh dijadikan tempat berbuka puasa pada bulan Ramadan yang akan datang kerana kawasan ini berhampiran dengan masjid untuk menunaikan solat,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda