Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

MPT Terima Anugerah Emas di AIGA 2022

By 19 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)/Majlis Perbadanan Taiping (MPT)

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah menerima Anugerah Emas sempena Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM), di sini semalam.

Menurut Yang Dipertua MPT Khairul Amir Mohamad Zubir, penganugerahan ini menjadi pemangkin agar organisasi terus komited dalam melaksanakan tugas seterusnya membuka mata warga kerja tentang pentingnya mengamalkan budaya integriti.

“Anugerah ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan kepada MPT dalam menzahirkan pembudayaan amalan integriti, tadbir urus dan antirasuah yang lebih cekap selain menunjukkan keupayaan, kemampuan, komitmen dan kesungguhan pihak MPT dalam melaksanakan sistem kawalan pengurusan risiko dan pencegahan rasuah.

“Syabas kepada IIM atas penganjuran anugerah ini dan tahniah kepada semua pemenang,” ujarnya.

AIGA 2022 merupakan inisiatif IIM dalam usaha menerap dan memperkasa integriti serta tata kelola yang baik khususnya dalam organisasi awam dan swasta sebagai pengiktirafan dan penghargaan di atas komitmen membudayakan integriti di dalam organisasi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda