Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

PAWE Erat Perpaduan Warga Emas Jelebu

By 12 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman (Jelebu)

JELEBU, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Negeri Sembilan (JKMNNS) telah menyediakan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) bersebelahan Perpustakaan Awam Jelebu.

Pengarah JKMNNS Rosnah Sardi dalam ucapannya di sini baru-baru ini berkata objektif PAWE adalah mengeratkan perpaduan serta meluaskan kemudahan untuk kesejahteraan dan pembangunan warga emas serta ruang untuk menghargai pengalaman serta kepakaran mereka tanpa mengira bangsa.

“Ianya adalah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti serta merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial dan pembangunan kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Pelbagai aktiviti diadakan di PAWE seperti keagamaan, rekreasi, ceramah kesihatan dan latihan atau kursus yang bersesuaian untuk warga emas,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan Datuk Bakri Sawir turut hadir merasmikan masjlis tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda