Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

CPOPC Rangka Strategi Tangani Diskriminasi Minyak Sawit

By 1 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Juliana Jamri (Hulu Langat)

BANGI, 1 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) akan merangka strategi untuk memberi tekanan kepada Kesatuan Eropah (EU) supaya Malaysia dan Indonesia tidak dibuli sewenang-wenangnya dalam isu diskriminasi sawit.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Sri Haji Fadillah berkata demikian di Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 2022, di sini semalam.

“Negara-negara pengeluar minyak sawit perlu bersepakat dalam menangani isu-isu global supaya bantahan terhadap diskriminasi minyak sawit dapat dibuat secara bersepadu, efektif dan mantap.

“Kerajaan akan terus mengeratkan hubungan kerjasama dengan negara jiran Indonesia bagi menangkis tohmahan terhadap minyak sawit,” katanya.

Beliau turut menyatakan rasa bangga di atas pencapaian MPOB yang telah menerima pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta berharap MPOB dapat memastikan produk sawit yang dihasilkan sentiasa berkualiti serta mampan.

Turut hadir Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching, Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi Datuk Zurinah Pawanteh dan Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda