Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Sarawak Sambut Baik Usaha Rancakkan Industri Muzik Tempatan

By 1 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

KUCHING, 1 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan menyambut baik usaha artis dari Semenanjung yang ingin merancakkan lagi industri muzik tempatan yang sunyi seketika kerana pandemik COVID-19.

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan, kementerian ini menyokong dan memuji usaha mereka yang sudi mengembangkan bakat di sini.

“Saya berharap usaha mereka dapat menjadi contoh kepada artis-artis negeri ini. Jangan hanya berkurung sahaja, tetapi ada waktunya anda juga perlu menjelajah ke luar Sarawak,” kata Snowdan pada sidang media pelancaran Konsert Exists Resolusi-Kuching di sebuah hotel, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak, Unit Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Datuk Abdullah Saidol.

-ZS-

Tinggalkan komen anda