Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Inisiatif Kebajikan Mukim Tanjung Kupang Disambut Baik

By 1 Februari 2023Februari 8th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Mohd Nasir Salman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 1 Feb – Kerjasama pelbagai agensi memudahkan proses dokumentasi dan memastikan penyaluran maklumat sahih serta tepat kepada golongan eKasih yang memerlukan bantuan terutamanya di kawasan luar bandar.

Pelaksanaan “Program Ziarah Kasih Mukim Tanjung Kupang 2.0” semalam mendapat kerjasama pelbagai agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam dan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri yang turut menyerahkan sumbangan awal keperluan barangan asas.

Penghulu Mukim Tanjung Kupang Mohamad Faiz Mohd Pandi berkata program ini bertujuan untuk menjejaki golongan eKasih yang belum mendapat sebarang bantuan dari pihak kerajaan agar tidak berlaku keciciran penerima bantuan.

“Program Ziarah Kasih di Kampung Tiram Duku ini merupakan anjuran kali kedua selepas pertama kali diadakan di Kampung Tanjung Kupang pada tahun lepas dan saya bercadang untuk melaksanakan program sebegini setiap dua atau tiga bulan sekali secara bergilir antara lima buah kampung dalam mukim ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Menerusi program ini juga, Mohamad Faiz bersama ketua-ketua kampung meluangkan masa menyantuni enam buah keluarga terpilih sekitar Kampung Tiram Duku untuk bertanya khabar dan melihat sendiri keadaan semasa masyarakat setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda