Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kejohanan Kriterium Tertutup Tampin 2023 Disambut Meriah

By 5 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhamad Muzaffar Marrudzuki/Shaiful Azman Mohd Said

TAMPIN, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Persatuan Berbasikal Daerah Tampin dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan serta Majlis Daerah Tampin telah menganjurkan Kejohanan Kriterium Tertutup Tampin 2023 bertempat di Mini Stadium Tampin, pagi tadi.

Menurut Presiden Persatuan Berbasikal Daerah Tampin, Saiful Adly Haji Abdul Wahab,  kejohanan ini adalah satu usaha untuk pihaknya mencari bakat baru terutama di peringkat sekolah untuk mereka meggilap dan membimbing ke peringkat yang lebih tinggi” ujarnya.

Kejohanan ini telah disertai hampir 90 orang peserta yang berusia sembilan hingga 63 tahun dan terdapat sebelas kategori yang telah dipertandingkan.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Repah Veerapan Supramaniam telah hadir bagi merasmikan upacara penutup dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda