Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Koordinasi Latihan TTX dan FTX Mantapkan Pengurusan Bencana Daerah

By 1 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Faizzad/Muhamad Nazrin (Muallim)

SLIM RIVER, 1 Feb (Malaysiaaktif) – Penyelarasan dan kerjasama antara agensi kerajaan penting dalam pengurusan bencana di sesebuah daerah.

Menurut Pegawai Daerah Muallim Muhamad Fitri Hassan, penyelarasan ini perlu dilakukan menerusi latihan dalam bentuk amali atau lapangan supaya tiada pertindihan tugasan antara agensi.

“Simulasi bencana menerusi Table Top Exercise (TTX) dan Field Training Exercise (FTX) oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Daerah bertujuan memurnikan lagi dan memberi kefahaman berpandukan kepada Majlis Keselamatan Negara No. 20.

“Latihan ini membantu memantapkan lagi koordinasi antara agensi berkaitan dalam pengurusan bencana,” katanya ketika merasmikan Latihan TTX dan FTX Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Muallim, di Bilik Serbaguna Pejabat Daerah dan Tanah Muallim, semalam.

Latihan simulasi ini merupakan platform yang digunakan oleh NADMA bersama agensi pengurusan bencana di peringkat Daerah bagi meningkatkan penyelarasan dalam memastikan tahap respons yang berkesan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda