Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

‘Program Jelajah YB Azlan’ Cakna Permasalahan Infrastruktur Telekomunikasi

By 20 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Mohammad Ezwandi (Ipoh)

IPOH, 20 Feb (Malaysiaaktif) – ‘Program Jelajah YB Azlan’, satu inisiatif baharu di bawah portfolio Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak telah dilancarkan di Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di sini pagi tadi.

Program berbentuk konvoi turun padang ini disertai oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Mohd Azlan Helmi Helmi selaku penyandang portfolio jawatankuasa selain semua jabatan dan agensi di bawahnya.

“Tujuan inisiatif ini dilaksanakan adalah agar pihak Kerajaan Negeri lebih cakna dan prihatin terhadap isu dan masalah telekomunikasi setempat yang melibatkan pelbagai pihak termasuk Pegawai Daerah, Yang Dipertua dan lain-lain pemimpin masyarakat melalui sesi taklimat dua hala.

“Program ini dijalankan setiap Isnin sepanjang tahun dan konvoi akan menjelajah ke dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada setiap satu sesi yang berlangsung,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Konvoi sulung pada minggu ini bermula dengan lawatan ke DUN Hulu Kinta dan DUN Tualang Sekah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda