Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Bola Tampar Inter Agensi Batang Padang Eratkan Kesatuan Jabatan

By 23 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Juhannis Idris (Tapah)/Mohd Fedly Idris

TAPAH, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Aktiviti sukan bukan sahaja dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan cergas bahkan ia mampu mengeratkan kesatuan antara sesebuah jabatan dan agensi.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batang Padang Megat Hafizal Ahmad, berkata selain berperanan sebagai satu medium untuk mengeratkan kerjasama dan hubungan akrab dalam pasukan, sukan menjadi aktiviti yang menyeronokkan apabila semua pemain dapat bermain dengan bersungguh-sungguh untuk meraih kemenangan.

“Kesibukan kerja menjadikan kami jarang dapat bertemu, jadi penganjuran acara seperti ini memberi peluang untuk kami bersuai kenal dan rapat antara satu sama lain,” katanya ketika merasmikan majlis penutup Kejohanan Bola Tampar Sukan Antara Agensi Peringkat Daerah Batang Padang pada Selasa.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Daerah dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah dan disertai oleh 12 pasukan antaranya Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD)/ Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Penjara Tapah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Bomba Tapah dan Majlis Daerah Tapah.

Pertandingan yang berlangsung sejak 1 Mac itu menyaksikan IPD Tapah dinobatkan sebagai johan, diikuti Veterinar Tapah sebagai naib johan dan masing-masing Bomba Bidor dan PBSD/AADK di tempat ketiga.

-ZS-

Tinggalkan komen anda