Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

LKPIM Taiping Salur Sumbangan Ramadan

By 23 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Norzila Dolah (Larut Matang dan Selama)

TAIPING, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) melalui  LKPI Taiping mengambil inisiatif awal dalam menyuntik semangat Ramadan dengan menyalurkan sumbangan kepada golongan asnaf.

Pengerusi LKPIM Taiping Bahariah Bashir menyifatkan program penyampaian Sumbangan Asnaf ini sebagai satu program kesukarelaan di kalangan Ahli Jawatankuasa LKPIM.

“Kita berharap program seperti ini dapat membantu golongan asnaf yang terpilih dan ia juga merupakan satu perkara yang mulia.

“Sumbangan ini diharap mampu meringankan beban golongan asnaf di samping dapat memberi semangat dan dorongan kepada mereka sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan,” ujarnya ketika ditemui semalam.

LKPIM Negeri Perak telah menyalurkan sumbangan tunai sebanyak RM2,000 dan diagihkan kepada 20 orang penerima. Sementara itu, bantuan barang keperluan pula hasil sumbangan daripada penyumbang yang diusahakan oleh LKPIM Taiping.

-ZS-

Tinggalkan komen anda