Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

SRS Berperanan Menjaga Keamanan Masyarakat

By 20 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat

PADANG BESAR, 20 Mac – Anggota SRS yang berada di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) diharapkan bersama-sama mengambil tanggungjawab menjaga keamanan di setiap KRT masing-masing.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis Hanita Ahmad, berkata demikian di dalam Program Gerak Rahmah 2023, Jom Ronda Perdana Skim Rondaan Sukarela (SRS) Peringkat Negeri Perlis di Kampung Baru Panggas, Chuping, kelmarin.

“Terdapat 22 SRS serta 31 KRT yang berada di Zon Padang Besar ini dan jumlah keseluruhan SRS yang terdapat di negeri Perlis sebanyak 96 dengan kekuatan anggota sukarela seramai 1,920 orang.

Program bersama Polis Diraja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Agensi Antidadah Kebangsaan itu dirasmikan oleh Ketua Polis Perlis DCP Datuk Surina Saad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda