Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

30 Jenis Barangan Lebih Murah di Jualan RAHMAH Tenang

By 30 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Program Jualan Rahmah (PJR) dilaksanakan melalui kolaborasi bersama pemain industri sektor peruncitan seperti pasar raya bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Lebih 30 jenis barangan dijual pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran di PJR peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada Sabtu dan Ahad lalu.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Daerah Segamat Ramdan Fitri Nor, PJR pada bulan Mei telah dilaksanakan serentak di semua DUN daerah Segamat.

“Bagi DUN Tenang, hanya melibatkan satu buah pasar raya iaitu Pasaraya Denway Labis.

“Pihak KPDN mengharapkan PJR ini dapat memperluaskan lagi promosi di media sosial dan penambahan dana supaya boleh diadakakan setiap minggu di semua DUN.”

Sementara itu Ahli DUN Haslinda Salleh, berkata inisiatif tersebut sangat diperlukan dalam mengurangkan kos sara hidup terutama golongan B40.

“Saya mengharapkan lebih banyak peruntukkan disalurkan supaya lebih banyak harga barang-barang dapat dikurangkan.

“Terima kasih kepada kerajaan melalui KPDN yang telah membantu melancarkan program selama dua hari ini dan terbukti kerajaan cakna dengan keperluan rakyat,” katanya selepas melancarkan program tersebut, di sini kelmarin.

Turut hadir Ahli Majlis Daerah Labis Maygiala Pathu dan Pengurus Pasaraya Denway Labis Danny.

-ZS-

Tinggalkan komen anda