Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kampung Sungai Bunyi Tercalon ke Peringkat Akhir Kampung Contoh KEMAS

By 23 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/KEMAS Negeri Johor

PONTIAN, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Kampung Sungai Bunyi, di sini telah tercalon ke peringkat akhir Penilaian Program Kampung Contoh anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Johor bagi tahun 2023.

Menurut Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian Azmee Awang, ia merupakan satu pencapaian terbesar bagi daerah ini kerana Kampung Sungai Bunyi adalah di antara tiga kampung di negeri Johor yang berjaya ke peringkat terakhir penilaian tersebut.

“Tanpa usaha golongan belia di Kampung Sungai Bunyi ini yang banyak mengerakkan aktiviti kemasyarakatan, mustahil kampung ini mampu berjaya ke peringkat akhir yang akan dinilai pada hari ini,” ujarnya.

Antara skop penilaian yang akan dinilai oleh para panel adalah pemerkasaan peranan belia dan wanita, keceriaan, kebersihan dan kemudahan awam, ekonomi daya saing, kepimpinan dan tadbir urus berkesan, jati diri, kemasyarakatan dan modal insan berkualiti.

Dua lagi kampung yang terlibat dalam penilaian akhir tersebut adalah Felda Adela, Kota Tinggi dan Kampung Sawah Ring, Tangkak.

Program tersebut turut dimeriahkan lagi dengan pameran agensi kerajaan serta demonstrasi keselamatan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Pontian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda