Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

‘Sape Camp’ 2023 Saluran Promosi, Martabat dan Lestari Alat Muzik Orang Ulu

By 23 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

KUCHING, 23 Jun (Malaysiaaktif) – ‘Sape Camp’ 2023 yang menghimpunkan 15 orang Duta Sape Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) telah melalui latihan secara intensif, sesi praktikal dan cara pembuatan alat muzik ini.

“Kem ini telah mencapai objektifnya di mana ia bertujuan mengumpul anak-anak muda daripada pelbagai bangsa, latar belakang dan negeri untuk mendalami dan melestarikan sape,” kata Ketua Eksekutif YPS Datuk Aloysius J. Dris, semalam.

Majlis Penutupan ‘Sape Camp’ 2023 bertemakan Perpaduan Tanpa Sempadan diadakan di Muzium Budaya Borneo (BCM) telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi YPS Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Numpang.

Menurut salah seorang peserta, Selindang Sari Seliman, 21, beliau baharu mengetahui tentang alat muzik itu dan sangat berbangga kerana menjadi antara suku kaum Orang Asli yang dipilih menyertai kem kali ini.

“Saya berharap agar ‘Sape Camp’ diadakan pada tahun-tahun yang akan datang dan dibuka kepada bangsa-bangsa lain lagi tidak kira di Malaysia mahupun antarabangsa,” ujar Selindang yang berasal dari Perak.

Dhakshyani Kalai Chelvan, 22, dari Selangor menjelaskan, kem ini menyediakan pelbagai input dan ia juga dilihat salah satu penjalin perhubungan persahabatan dan perpaduan antara kaum di negara ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda