Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Simulasi Mengundi Dedahkan Situasi Sebenar Sistem Pengundi kepada Para Pelajar

By 15 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Feroz Othaman (Melaka Tengah)

MELAKA, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 70 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek telah mengikuti simulasi pilihan raya di Dewan Al-Farabi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), di sini semalam.

Menurut Penolong Pengarah SPR Negeri Melaka Intan Nursyafiqa Saparudin, program tersebut akan diperluaskan ke sekolah-sekolah di negeri Melaka.

“Menerusi program ini, pelajar diberi peluang melakonkan situasi sebenar proses pengudian seperti berbaris mengikut saluran, pengesahan identiti, celup jari dengan dakwat khas, cara lipatan kertas undian dan lain-lain lagi.

“Melalui simulasi ini pelajar dapat kefahaman mengenai cara proses pengudian berkenaan dan kepentingan bagi pengundi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai warganegara,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda