Skip to main content
MA

Pengunjung Mahu Jualan Rahmah Bergerak Diadakan Lebih Kerap

By 24 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Seawal pukul 8 pagi pengunjung telah menyerbu Jualan Rahmah Kasih Sayang yang menawarkan harga barangan lebih murah sehingga 30 peratus di Pekarangan Tapak Pasar Tani Chukai, di sini semalam.

Antara barangan yang menjadi rebutan pengunjung ialah ayam, telur, beras dan minyak masak yang dijual pada harga lebih murah berbanding harga pasaran.

“Jualan bawah harga pasaran amat baik dan perlu kerap dibuat terutamanya kawasan Chukai ini bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti saya mendapatkan barangan keperluan harian ini,” kata Zaidi Hussin, 47, yang bekerja sendiri.

Seorang lagi pengunjung yang ditemui, Kazimah Embong, 51, suri rumah, dari Kampung Gong Pauh berkata dia membelanjakan hampir RM30 untuk barangan keperluan pagi ini dan ada perbezaan nilai barangan sekiranya di beli di kedai runcit atau pasar.

“Saya memang sangat berharap jualan seperti ini diadakan seminggu sekali ataupun lebih kerap di kawasan ini agar jumlah perbelanjaan bulanan keluarga kami dan masyarakat sekitar dapat dijimatkan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda