Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Sambutan Jubli Intan 60 Tahun Sarawak Merdeka Penuh Warna-warni dan Patriotik

By 24 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat/Lance Dunstan (Sarawak)

KUCHING, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Perarakan sambutan Jubli Intan Sarawak Merdeka yang diraikan di Padang Merdeka, kelmarin penuh warna-warni dan semangat patriotik.

Perarakan melibatkan lebih 3,000 orang peserta yang mewakili 75 kontinjen kerajaan negeri, perttubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan beruniform termasuk enam kontinjen khas, 60 kontinjen bertanding dan tujuh kontinjen keselamatan dan pertahanan awam.

“Tarikh 22 Julai diibaratkan titik permulaan bagi perjalanan kemerdekaan Sarawak dalam mengusahakan negeri ini supaya terus maju dan makmur,” kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap menteri bertanggungjawab sambutan ini, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sementara itu, salah seorang guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan Encik Buyong, Petra Jaya, Dorothy Dikie, 51, berkata beliau dan anak-anak muridnya sangat teruja dengan peluang yang diberikan oleh kerajaan negeri dalam menjayakan sambutan gilang-gemilang ini.

“Penglibatan anak-anak murid dalam gabungan persembahan memberi pendedahan, keyakinan dan menyuntik semangat patriotisme supaya mereka lebih menghargai kemerdekaan yang mereka kecapi pada hari ini,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda