Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

RM10 Juta untuk Amanah Ikhtiar Malaysia

By 17 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Juliana Ibrahim (KULIM)

KULIM, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM10 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), di sini kelmarin sebagai satu usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Malaysia.

Peruntukan bagi membantu melicinkan program yang dirangka agensi itu dalam usaha membantu Sahabat Usahawan di seluruh negara.

“Belanjawan 2024 akan dibentangkan pada bulan Oktober ini, tapi sementara itu untuk memastikan kelicinan program-program AIM dalam meningkatkan kegiatan, menambah jumlah sahabat usahawan, saya pada petang ini (Sabtu) meluluskan peruntukan sebanyak RM 10 juta,” katanay.

Anwar berkata demikian pada majlis peramian Karnival Sahabat Usahawan Madani Wilayah Kedah dan Pulau Pinang yang dihadiri 8,000 sahabat usahawan AIM di Multifunction Convenction Center (MFCC) Kulim Kedah.

Pada majlis tersebut Anwar turut menyampaikan Sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada lima Sahabat Usahawan AIM yang telah melalui pelbagai tapisan dan pemeriksaan daripada pegawai penilai sebelum mereka berjaya memperoleh sijil halal untuk produk dan perkhidmatan mereka.

Turut hadir Timbalan Menteri Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasami dan Pemangku Pengerusi Lembaga AIM Datuk Seri Dr Syed Hussain Syed Junid.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda