Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

LTdL 2023 : George Jackson Juara Peringkat Ketiga Jeli-Baling

By 26 September 2023September 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaharah Ismail/Mohd Rasidi Che Sa (Kedah)

BALING, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Pelumba pasukan Bolton Equities Black Spoke, George Jackson menjuarai perlumbaan Peringkat Ketiga jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, dari Jeli ke Baling, semalam.

Jackson memenangi perlumbaan yang bermula dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan catatan masa 12:55:05 saat.

“Saya sangat gembira untuk berjaya selepas pasukan melakukan banyak kerja untuk membantu saya.

“Rakan sepasukan Matt Bostock membantu saya keluar daripada peloton dan berada di tempat keempat di selekoh terakhir sebelum melakukan henjutan terakhir ke garisan penamat,” katanya.

Para pelumba telah menempuh perjalanan sejauh 183.1 kilometer melalui dua zon pecutan dan empat zon pendakian iaitu di Jeli, 774 meter (m); Puncak Titiwangsa, 1066m; Seri Banding, 633m dan Sungai Rui 455m.

Lebih 3,000 orang menyaksikan perlumbaan Peringkat Ketiga tersebut di Jalan Syed Syeh, di sini semalam.

Perlumbaan peringkat keempat akan diteruskan hari ini dari Bukit Mertajam ke Meru Raya, Perak sejauh 140.2km.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda