Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

SAATNM Kedua Perlis Diuji

By 16 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KUALA PERLIS, 16 Nov (Malaysiaaktif) – Pelaksanaan Ujian Siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) kali kedua bagi negeri Perlis telah diadakan, di sini pagi tadi.

“Bagi tahun ini, ini kali kedua ujian siren SAATNM ini dilakukan iaitu siren yang berada berhadapan Hotel Brasmana, Kuala Perlis.

“Sesi pengujian SAATNM di Perlis bagi tahun 2023 pada kali pertama telah dilaksanakan pada 30 Mei lalu dan bagi kali kedua telah diadakan pada pagi ini dan radius siren ini boleh didengari oleh masyarakat sekitar empat kilometre,” ujar Pengarah MET Perlis Mohd Saharudi Saad selepas tamat ujian siren.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Negeri Perlis memaklumkan pengujian siren SAATNM ini bagi memastikan ia diselia dengan elok.

Terdapat dua lokasi berasingan bagi siren SAATNM di negeri Perlis iaitu berhadapan Hotel Brasmana, Kuala Perlis dengan ketinggian sirennya adalah 16 meter tinggi dan juga lokasi kedua di Sungai Baru, Simpang Empat iaitu berhampiran sepanjang pesisir pantai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda