Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Labuan Curi Dua Gangsa di Kejohanan Karate Kebangsaan

By 18 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Persatuan Karate Labuan

LABUAN, 18 Dis (Malaysiaaktif) – Pasukan Karate Labuan berjaya membawa pulang dua pingat Gangsa dalam Kejohanan Karate Kadet, Junior dan Bawah 21 Tahun Peringkat Kebangsaan 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur dari 13 hingga 18 Disember ini.

Menurut Jurulatih Karate Labuan, Syarulniza Abdul Jamil, dua butir pingat gangsa itu diperolehi Nur Aneesa Aira Mohamad Affendi menerusi kategori KATA Kadet Perempuan 14-15 Tahun dan Muhammad Isyraf Faiz Mohamad Ismifarizal menerusi kategori KUMITE Kadet Lelaki +70kg (14-15 Tahun).

“Pungutan mata yang tinggi oleh Aira telah menumpaskan pihak lawan dari negeri Pahang di perlawanan penentuan pingat gangsa sekaligus menempatkan Aira pada kedudukan ketiga teratas daripada 20 peserta bagi kategori tersebut.

“Aira juga terlepas pingat kedua beliau bagi kategori KUMITE Kadet Perempuan -47kg 14-15 Tahun apabila kalah tipis menentang atlet dari Kuala Lumpur dengan mata 1-0 di pusingan penentuan pingat Gangsa.

“Manakala Muhammad Isyraf Faiz menewaskan pesaing dari negeri Selangor pada pusingan penentuan pingat Gangsa dengan mata 3-2,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, seorang lagi Atlet Karate Labuan, Adib Abdullah Mohd Dzulfadly berjaya mencapai kedudukan ke 5 terbaik daripada 23 orang bagi kategori KUMITE Junior Lelaki -61kg (16-17 Tahun).

“Kejohanan kali ini sangat penting bagi mengukur kemampuan atlet-atlet yang akan bersaing pada Sukan Malaysia tahun hadapan dan dari sini kita boleh mengenal pasti kelemahan dan memperbaikinya pada masa akan datang,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda