Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pendaftaran PADU Mendapat Sambutan Menggalakkan

By 22 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Sazarina Mohd Noor

PANDAN, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Sesi pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) yang diadakan di Padang Pandan Mewah mendapat sambutan yang positif daripada penduduk setempat.

Rata-rata penduduk yang hadir mendaftar merupakan golongan warga emas daripada pelbagai bangsa.

Menurut Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Mohamad Firdaus Babh, sesi pendaftaran ini diadakan bagi membantu penduduk setempat khususnya golongan warga emas dalam mendaftar di dalam sistem PADU.

“Golongan warga emas perlu dibantu kerana mereka kurang mahir menggunakan teknologi seperti ini.

“Sekurang-kurangnya melalui sesi pendaftaran ini membantu mereka dalam mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat”, katanya.

Pengunjung Mohd Kamaluddin Yusof, 68, berkata sesi tersebut membantu warga emas dalam mengisi maklumat di dalam sistem PADU.

“Warga emas kebanyakannya tidak mahir menggunakan telefon bimbit apatah lagi Internet.

“Sesi ini amat membantu kerana para petugas bersedia mengisi maklumat dalam sistem tersebut bagi pihak kami,” katanya dalam sesi pendaftaran tersebut.

Seorang lagi pengunjung Nik Mohamad Nazri Nik Yaacob, 32, berkata sesi ini dapat membantu beliau memahami lebih jelas berkaitan panduan mengisi maklumat di dalam sistem PADU.

“Penjelasan maklumat dan risalah PADU daripada Jabatan Penerangan ini membantu kami untuk mendapatkan maklumat lebih jelas,” katanya.

Sesi pendaftaran PADU yang diadakan bersempena Program Wayang Pacak Piala Asia 2023, di sini kelmarin merupakan anjuran Komuniti Madani Teratai dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Jawatankuasa Penduduk setempat.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda