Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Empat Pakej SLMR Taman Penawar Harmoni Diserahkan

By 20 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shahqrul Azim Shaari/Ashikin Mustafa (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Sebanyak empat pakej Sijil Layak Menduduki Rumah (SLMR) telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor dalam Majlis Penyerahan SLMR Taman Penawar Harmoni, Bandar Penawar bertempat di Dewan KEJORA Bandar Penawar, di sini semalam.

Empat pakej yang disampaikan adalah Perumahan Komuniti Johor Jenis ‘A’, Perumahan Komuniti Johor Jenis ‘B’, Rumah Mampu Milik Johor dan Kedai Kos Sederhana.

Salah seorang penerima yang ditemui Azmee Khan Amzah, 57, melahirkan rasa syukur kerana telah menerima sijil SLMR yang telah lama dinantikan.

“SLMR yang diterima ini membolehkan saya menjalankan aktiviti perniagaan yang telah lama dirancang.

“Terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor yang telah menyampaikan sijil ini,” ujarnya yang merupakan penerima sijil kategori Kedai Kos Sederhana.

Pusat Pembangunan Rumah Taman Penawar Harmoni di atas Lot PTB 12904 dan PTB 12905 seluas 47.29 ekar telah dilancarkan pada 18 Mei 2014 oleh mantan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Projek telah siap sepenuhnya pada akhir tahun 2018 dengan pembangunan sebanyak 486 unit rumah dan 65 unit kedai.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Aznan Tamin, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor Dr. Mohd Shahrizan Sahid, Ahli Dewan Undangan Negeri Penawar Fauziah Misri dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) Datin Paduka Hazlina Jalil.

-ZS-

Tinggalkan komen anda