Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

MAIWP Taja Enam Pelajar IPT dari Labuan

By 14 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menaja enam orang pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) dengan menyalurkan biasiswa berjumlah RM208,117.50.

Menurut Pengurus MAIWP Labuan Md Fadzli Md Saad, enam orang pelajar yang melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam negara itu dipilih sebagai penerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang MAIWP bagi sesi pemilihan tahun 2024.

“Kesemua enam pelajar, masing-masing sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Malaya dan Universiti Teknologi MARA dalam pelbagai bidang.

“Antaranya Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan, Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Molukel dan sebagainya,” katanya selepas menyampaikan dokumen perjanjian biasiswa kepada semua penerima, di sini semalam.

Jelasnya, MAIWP berharap dengan biasiswa itu dapat meringankan beban tanggungan kos sepanjang pengajian.

“Saya berharap bantuan ini boleh menjadi perangsang kepada mereka untuk melakukan yang terbaik dan belajar bersungguh-sungguh sekali gus mengekalkan kecemerlangan mereka sehingga tamat pengajian nanti.

“MAIWP juga bersedia mempertimbangkan bantuan lain jika mereka berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, salah seorang penerima biasiswa Nur Shafiqah Natasha Johari @Joehady, 19, menzahirkan kesyukuran atas bantuan yang diterimanya.

“Saya bersyukur dan gembira dapat menerima biasiswa ini dan saya tidak akan sia-siakan bantuan ini untuk mengejar cita-cita melanjutkan pengajian hingga peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pembayar-pembayar zakat dan doakan kejayaan kami semua,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda