Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Naga Lambang Penyatuan Rakyat Sarawak

By 13 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Naga iaitu makhluk mitos yang diceritakan oleh pelbagai legenda, budaya dan negara di serata dunia telah disifatkan sebagai lambang penyatuan rakyat Sarawak kerana terdapat persamaan dalam kepercayaan kaum Cina dan warga tempatan di negeri ini.

Menurut Kurator Muzium Asia Tenggara Dr. Monica Janowski dari Muzium Budaya Borneo (BCM), di sini naga dianggap sebagai sumber kuasa iaitu ‘qi’ yang boleh disalurkan dan diurus dengan baik.

“‘Qi’ dipercayai mengalir di bawah permukaan bumi dalam ‘urat naga’ (longmai) dan terkumpul dalam ‘lubang naga’ (longxue) dan seseorang itu boleh berjaya dalam kehidupan mereka jika dapat mengenal pasti aliran ‘qi’ dan membina rumah atau kediaman di atas aliran sumber kuasa itu,” katanya.

Dr. Monica Janowski yang merupakan anthropologis dari Britain yang mempunyai pengalaman 30 tahun dalam membuat kajian di Sarawak telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Naga Cina di Sarawak’ semalam mendapat sambutan hangat daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli kaji sejarah luar negara.

Beliau baru-baru ini juga yang telah menyiapkan kajiannya mengenai kepentingan naga yang digelar ‘lung’ oleh etnik Cina Hakka serta kisah dan kepercayaan naga Cina yang berkait dengan penduduk lain di Borneo.

-ZS-

Tinggalkan komen anda