Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

APM Pekan Anjur Latihan Pengendalian Bot Sebagai Persiapan MTL

By 11 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Asrul Alias (Pekan)

PEKAN, 11 Nov (Malaysiaaktif) – Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Pekan telah menganjurkan Latihan Pengendalian Bot Bersama Agensi dan Komuniti Daerah Pekan kepada agensi-agensi penyelamat dan komuniti di daerah ini sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Ucapan Perasmian Penutup oleh Ahli Parlimen Pekan.

Latihan yang diadakan di sungai berhampiran River Front Pekan, di sini kelmarin disertai 90 orang peserta dan 19 buah bot menekankan mengenai penyelamatan mangsa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia di daerah ini.

Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali, berkata kerja menyelamat mangsa banjir ini adalah sesuatu yang mulia.

“Kalau kita menyelamatkan nyawa orang jangan sesekali kita mengharapkan balasan.

“Lakukan dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab, insya-Allah balasan itu akan tiba dalam keadaan yang kita tidak sangka” katanya dalam ucapan perasmian penutup latihan tersebut.

Bot penyelamat APM yang terlibat dalam latihan ini.

Turut hadir Pegawai Daerah Pekan Datuk Zaliza Zulkifli yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Pekan, Ketua Polis Daerah Pekan Supt. Mohd Zaidi Mat Zin, Pegawai APM Pekan Kapt. (PA) Ahmad Azmi Haji Hanafiah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda