Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Karnival Kita MADANI Rapatkan Jurang di Antara Masyarakat dan Kerajaan

By 11 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo/Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 11 Nov (Malaysiaaktif) – Program Karnival Kita MADANI merupakan platform untuk merapatkan jurang antara masyarakat dan kerajaan, menerusi pengukuhan persefahaman dan peningkatan komunikasi dua hala.

Abdullah Saidol (tengah) melawat ke ruang pameran

Majlis Karnival Kita MADANI dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol yang mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Penview Convention Centre (PCC) Demak, di sini, semalam.

Semasa ucapan perasmian Majlis Karnival Kita MADANI, beliau berkata program tersebut juga bertujuan memperkenal dan mempromosikan konsep Masyarakat MADANI yang menjadi satu daripada matlamat utama kerajaan perpaduan dalam usaha membangunkan negara yang lebih maju dan harmoni.

Azizul Merni, 41, dari Komuniti Madani Bruan Lundu

“Penyampaian maklumat kepada rakyat dengan cara yang mudah difahami khususnya kepada komuniti luar bandar merupakan satu daripada cabaran besar dihadapi kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Azizul Merni, 41 tahun, dari Komuniti Madani Bruan Lundu, berkata beliau berasa bangga dengan penyatuan permukiman di Kuching pada kali ini.

“Program ini sangat baik kerana menyatukan semua komuniti dari seluruh Sarawak dan saya berharap program ini diteruskan pada masa yang akan datang,” ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda