Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurMA

Tokti dinobat Biduanita Negara, Datuk Lat Seniman Negara ke-9

By 14 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hisham Salleh/MOTAC

KUALA LUMPUR, 14 Nov (MalaysiaAktif) – Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara pada Anugerah Seni Negara 2024 (ASN 2024) anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam ucapan beliau, Datuk Seri Siti Nurhaliza merakamkan penghargaan kepada semua yang membantu dalam kerjaya seninya selama ini.
Beliau juga menyatakan bahawa pengiktirafan tersebut merupakan anugerah yang besar untuk dirinya.
“Saya akan berikan yang terbaik selagi saya dalam industri ini, membanggakan nama malaysia, memberi sesuatu yang positif bukan saja untuk diri saya tapi untuk masyarakat dan juga untuk negara.”

Beliau merupakan individu keempat yang diberikan anugerah berprestij itu, selepas Allahyarham Saloma pada tahun 1978, Allahyarham Datuk Sharifah Aini pada 2006, dan Allahyarham Tan Sri SM Salim pada 2013.

asn2024

Datuk Lat dinobatkan sebagai Seniman Negara ke-9

Sementara itu, Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat, dinobatkan sebagai Seniman Negara kesembilan.
Beliau menzahirkan rasa penghargaan atas pengiktirafan tersebut dan berharap ia mmenjadi pendorong kepada generasi muda yang meminati  seni lukis dan komik.

 

 

 

“Di usia macam ini, saya nak bagi dorongan kepada angkatan sekarang, generasi terkini dan juga generasi akan datang dalam bidang seni lukis, kartun dan penulisan kerana bidang ini juga mustahak untuk negara.”

asn2024

Penerima Anugerah Karyawan Seni ASN 2024

Lima pengiat seni tanah air turut menerima Anugerah Karyawan Seni iaitu Datuk Mokhzani Ismail bagi kategori Karyawan Seni Muzik; Zakaria Ariffin (Karyawan Seni Lakon/Pementasan); Wong Kit Yaw (Karyawan Seni Tari); Bangie Anak Embol (Karyawan Seni Kraf Tangan) dan Wong Hoy Cheong (Karyawan Seni Visual).

ASN 2024 merupakan penghormatan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni atas sumbangan mereka dalam kesenian negara dan di peringkat dunia.

ASN 2024 turut diserikan dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang berkenan mencemar duli hadir ke majlis berkenaan.

 

-HS-

 

Tinggalkan komen anda