Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Musim Dabai Ditunggu-Tunggu Penggemar di Sarawak

By 16 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhd Arfan Julaihi (Sarawak)

KUCHING, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Selain musim raja buah durian, dabai juga ditunggu-tunggu oleh penggemar buah itu di seluruh pelosok negeri ini.

Buah ini menjadi rebutan ramai kerana terkenal dengan keenakan dan rasanya yang lemak.

Para pekerja di salah sebuah gerai sedang mengasingkan buah dabai mengikut saiz sebelum dijual.

Dabai hanya terdapat di Sarawak khususnya di beberapa daerah sahaja seperti Sarikei, Kapit, Song dan Limbang.

Harganya pula pada permulaan musim mencecah RM100 sekilogram dan kini ianya dijual pada harga yang sangat berpatutan dan rahmah.

Salah seorang peniaga di Pusat Konvensyen Penview Demak (PCCD), Sejingkat di sini Akmal Hakim Saidan, 30,  memberitahu buah dabai mampu dijual sehingga satu tan sehari dan mencecah sehingga dua tan pada hari Sabtu dan Ahad.

“Buah berkenaan kebanyakannya datang dari Sarikei,” katanya, semalam.

Akmal mampu menjual sehingga dua tan buah dabai pada hari Sabtu dan Ahad.

Menurutnya lagi, hanya direndam dengan air panas, buah dabai sudah boleh dinikmati setelah dicampurkan dengan gula, garam dan kicap atau dimakan begitu sahaja bersama nasi panas.

“Dari segi cara penyimpanannya pula, bagi tujuan penyimpanan dalam jangka masa panjang ianya boleh disimpan dalam sejuk beku bagi mengelakkan kerosakan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda