Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

TPM Sampaikan Bantuan dan Sokongan Moral kepada Keluarga Mangsa Insiden Pasar Tani Chukai

By 20 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amiruddin Adli/Shuhaimi Ahmad

KUALA TERENGGANU, 20 Jan (MalaysiaAktif) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melalui wakilnya, Setiausaha Politik Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin menziarahi keluarga Faridah Abdul Karim, isteri kepada Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang terlibat dalam insiden tragis di Pasar Tani, Padang Astaka Chukai, di sini hari ini.

Isteri mangsa, Faridah Abdul Karim

Dalam kunjungan tersebut, pihak Timbalan Perdana Menteri menyampaikan rasa simpati dan sokongan moral kepada keluarga mangsa.

Anak mangsa, Ahmad Fakhrie berbual melalui panggilan video dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Menerusi panggilan video bersama isteri dan anak mangsa, Ahmad Zahid turut menasihatkan agar keluarga mangsa bersabar dan memberi ruang kepada proses undang-undang untuk berjalan dengan adil.

Beliau juga berharap agar mereka tetap tabah dan dapat mengharungi ujian ini dengan penuh kesabaran.

Selain itu, bantuan perundangan termasuk menyediakan peguam dan bantuan kewangan akan diberikan bagi meringankan beban keluarga yang masih mempunyai dua anak yang bersekolah.

“Perhatian juga diberikan kepada rawatan susulan mangsa dan kebajikan keluarga, terutamanya Faridah yang bekerja sebagai penjual ikan.

“Usaha untuk menyediakan bantuan kaunseling dan sokongan psikologi akan diutamakan bagi membantu keluarga mangsa pulih daripada trauma yang dialami,” ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda