
Laporan/foto: M Zakry Chan/ Facebook Ab Rauf Yusoh
MELAKA, 15 Feb (MalaysiaAktif) – Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka telah berlangsung di sebuah hotel, di sini pagi semalam.

Ab Rauf Yusoh ketika ditemu ramah oleh wartawan.
Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka yang telah mempamerkan pencapaian cemerlang sekali gus membawa pulang tujuh pingat emas, sembilan pingat perak dan 11 pingat gangsa di Temasya Para SUKMA, Sarawak 2024.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata menjadi komitmen kerajaan untuk menghargai segala usaha keras dan semangat juang yang dipamerkan oleh atlet-atlet yang mewakili nama bertuah Melaka.
“Waima dalam apa jua bentuk pertandingan, maka pada hari ini kerajaan negeri berbesar hati menyampaikan insentif keseluruhannya berjumlah RM99,775 kepada 20 orang atlet Para SUKMA yang telah mengharumkan nama Melaka.

Kerajaan sentiasa menghargai setiap keringat yang dicurahkan untuk Negeri Melaka.
“Atas keprihatinan yang tinggi terhadap
kesejahteraan semua peringkat rakyat,
kerajaan negeri optimis menggerakkan usaha dalam memperkasa golongan tumpuan khususnya pembangunan sukan OKU secara menyeluruh, antaranya menerusi Program Perhebat OKU,” katanya.
Menurutnya,pPelaksanaan Program Perhebat OKU (Orang Kurang Upaya) sepertimana yang diumumkan sewaktu pembentangan Bajet 2025 Negeri Melaka yang lepas, lebih menumpukan kepada pemantapan organisasi dan pasukan terutamanya bagi Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka yang terdiri daripada pengurusan, pegawai, jurulatih
dan atlet,” ujar beliau.