Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pelan Antirasuah Antara Tiga Perkara Dilancarkan Majlis Perbandaran Pekan

By 15 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Pejabat DUN Bebar

PEKAN, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Pekan (MPP) telah melancarkan tiga perkara yang didahului dengan Pelan Antirasuah MPP 2024-2028, diikuti Pelan Tindakan Bandar Pintar 2030 dan Dashboard Pembayaran Digital MPPay di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, di sini semalam.

Fakhruddin melihat pelan-pelan yang dilancarkan.

Majlis pelancaran tersebut dilakukan seiring dengan Majlis Sesi Libat Urus Penyediaan Laporan Hala Tuju Pembangunan Mampan (SDGs Roadmap) dan Laporan Semakan Tempatan (Voluntary Local Review) yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Mohamad Fakhruddin Mohd.

“Semua pelan-pelan yang dirancang tidak akan berjaya sekiranya tiada kesungguhan anggota MPP untuk merealisasikannya.

Ikrar Antirasuah oleh penjawat awam.

“Pelan-pelan ini semuanya penting bagi pembangunan Pekan secara sistematik dan lebih penting lagi Pekan ini merupakan Bandar Diraja Pahang yang sememangnya perlukan pembaharuan sedemikian,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda