
Laporan/Foto: Suherman Sari (Sarawak)
KUCHING, 6 Februari (MalaysiaAktif) – Seorang suri rumah sepenuh masa, Norlida Arbie, 36 tahun telah berjaya menjana pendapatan sampingan dengan memulakan perniagaan kuih, biskut dan kek ‘homemade’ beliau.

Norlida terokai perniagaan biskut dan kek hasil air tangan sendiri.
Penghasilan utama perniagaan kuih, biskut serta kek ‘homemade’ beliau adalah biskut cincin, tart nenas, Almond London, serta kek pisang, kek marble dan brownies.
Dengan menggunakan premis kediamannya, Norlida menerima tempahan pada musim perayaan seperti pada Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai Dayak, Tahun Baharu Cina dan juga Hari Krismas.
“Sepanjang musim perayaan, tempahan akan meningkat sehingga tiga kali ganda dan anggaran pendapatan pada setiap bulan hampir mencecah RM2000,” katanya ditemui semalam.

Antara kuih yang ditempah daripada Norlida.
Beliau juga dalam perancangan untuk meluaskan perniagaannya dengan menggunakan sepenuhnya platfrom media sosial dan digital bagi tujuan promosi dan tempahan.
Beliau berharap agar kerajaan akan menambah lagi bantuan kepada usahawan kecil dan sederhana.
Norlida membuktikan bahawa suri rumah juga boleh menjadi usahawan mikro kecil dan sederhana yang berjaya sekaligus menambah pendapatan keluarga.
-RJ-