
Laporan/foto: Yusoffirman/Ilman Azman (Temerloh)
TEMERLOH, 22 Jul (MalaysiaAktif) – Lebih 50,000 pengunjung hadir memeriahkan Festival Kesenian Peribumi Malaysia (FesKEP @ Pahang 2025 di Dataran Temerloh yang bermula pada 18 hingga 20 Julai lalu.

Keunikan dan kepelbagaian budaya masyarakat pribumi menarik perhatian ramai pihak.
Festival berkenaan membawakan suasana kehidupan, pelbagai elemen budaya dan ekonomi serta kebudayaan masyarakat Orang Asli, Sabah dan Sarawak sekali gus menjadi pentas budaya bagi mengetengahkan keunikan serta kepelbagaian warisan masyarakat pribumi Malaysia.
Selain itu, kerjasama antara agensi-agensi kerajaan turut memenuhkan reruai FesKEP berjaya dimanfaatkan pengunjung yang hadir.

Antara pengunjung yang hadir memeriahkan festival.
Salah seorang petugas kesihatan Dr. Nora Akmar Abdul Aziz, 41, peluang bertugas di situ memberi pengalaman baharu kepadanya.
“Kami hampir tidak menang tangan melayan pengunjung yang datang untuk pemeriksaan dan rawatan pergigian percuma sepanjang tiga hari ini,” katanya.
-RI





