Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kempen Internet Selamat Beri Murid Kesedaran Keselamatan Siber

By 11 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil (Pengkalan Hulu)/Mohammad Ezwandi

PENGKALAN HULU, 11 Ogos (MalaysiaAktif) – Hampir 200 orang murid Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pengkalan Hulu dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Saban didedahkan dengan risiko dan ancaman dalam talian melalui penganjuran Kempen Internet Selamat.

Kempen anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) negeri Perak itu menekankan aspek penggunaan media sosial secara berhemah, melindungi maklumat peribadi dan mengelakkan penipuan siber.

Menurut Timbalan Pengarah MCMC Perak Ts. Faizul Azlee Mahat, kempen berkenann dibuat di sekolah bagi mendidik serta meningkatkan kesedaran mengenai literasi digital supaya tidak boleh berkongsi gambar dan maklumat data peribadi di internet sesuka hati.

“Mereka perlu dididik tentang kaedah terbaik menggunakan internet dan risikonya. Justeru, kempen seperti ini penting memandangkan murid kini semakin terdedah kepada pelbagai platform digital,” jelasnya ketika sesi taklimat di sini, kelmarin.

Kempen itu katanya adalah langkah berterusan memperkasa literasi digital terutama dalam menangani cabaran seperti buli siber, penipuan dalam talian, perjudian siber dan eksploitasi seksual kanak-kanak.

“Internet memberi banyak manfaat, tetapi pengguna terutama murid perlu tahu cara melindungi diri agar tidak terdedah dengan pelbagai ancaman siber,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda