Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Kibar Bendera Program Tahunan Kampung Skiat Baru

By 23 Ogos 2025Ogos 27th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Sugiman / Jackson Abell (Sarawak)

BAU 23 Ogos (MalaysiaAktif) – Seawal jam 8 pagi, penduduk kampung telah berada di dewan untuk menjayakan Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) sempena Program JIWA@Komuniti MADANI Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 di Dewan Kampung Skiat Baru, dekat sini, kelmarin.

Barin dalam ucapannya mengakui program itu mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat dan turut memberi impak positif kepada generasi muda.

Kampung Skiat Baru, sebuah perkampungan Bidayuh di sini setiap tahun meriah dengan kibaran Jalur Gemilang yang dipasang di beberapa lokasi strategik sekitar kampung dan pada tahun ini, aktiviti memasang bendera diteruskan.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Kampung Skiat Baru Barin Niyat, aktiviti memasang bendera turut diserikan dengan pengisian program penuh nilai murni citra Malaysia berteraskan Rukun Negara dan keberkesanan kempen adalah melalui komitmen ramai pihak termasuk penyertaan aktif generasi muda yang sepakat mengatur pelbagai pengisian menarik.

“Aktiviti mengibar Jalur Gemilang di rumah kediaman penduduk dan lokasi strategik di kampung ini juga merupakan aktiviti tahunan kami apabila menjelang HKHM dan dimeriahkan dengan aktiviti sukaneka, penyerahan Jalur Gemilang, nyanyian lagu-lagu patriotik dan pertandingan rekacipta,” katanya.

Acara sukaneka, pertandingan rekacipta dan nyanyian lagu-lagu patriotik menceriakan Program HKHM 2025 Kampung Skiat Baru.

Program JIWA@Komuniti MADANI HKHM sentiasa bertujuan menyemarak semangat cinta negara dalam kalangan generasi muda dan memperkukuhkan semangat perpaduan penduduk setempat tanpa mengira latar belakang dan generasi.

Program tersebut merupakan anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Bau bersama bersama Komuniti MADANI Kampung Skiat Baru dan Tabika KEMAS Kampung Skiat Baru.

-RJ-

Tinggalkan komen anda