Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Penjawat Awam Memperdalam Pemahaman Malaysia MADANI

By 17 Ogos 2025Ogos 18th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)/Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Perak

RUNGKUP, 17 Ogos (MalaysiaAktif) –Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) menghimpunkan penjawat awam daerah ini dengan tujuan memperkukuh kefahaman mereka terhadap gagasan Malaysia MADANI, kelmarin.

Menurut Pengarah AKM Negeri Perak Haslizar Rozally, seminar khusus untuk penjawat awam di daerah Bagan Datuk berobjektif memperluas dan memperdalam pemahaman mengenai konsep Malaysia MADANI sebagai landasan pembangunan negara yang inklusif, progresif dan berlandaskan nilai moral.

Peserta tekun mendengar taklimat yang disampaikan.

”Matlamatnya adalah agar masyarakat dapat hidup secara bersatu padu dan harmoni, di samping menjunjung tinggi prinsip kenegaraan.

“Diharap seminar ini menjadi platform penting memperkukuh semangat patriotisme, menanam rasa cinta tanah air serta memupuk kesedaran bahawa kemerdekaan yang kita kecapi adalah amanah yang perlu dipertahankan demi kelangsungan Malaysia yang berdaulat, makmur dan bersatu padu,” ujarnya.

Lebih 300 peserta daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan menyertai tersebut  di Dewan Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk itu.

Mohd Faizal (tengah) mewakili Pegawai Daerah menyerahkan cenderahati kepada Haslizar Rozally.

Sementara itu, Ketua Penolong Pegawai Daerah Mohd Faizal Md. Kasim berharap peserta akan kembali ke agensi dan jabatan masing-masing dengan semangat baharu dan keazaman tinggi untuk menyemai rasa cinta kepada negara, keluarga, sahabat dan masyarakat sekeliling.

“Keamanan yang dinikmati hari ini bukanlah sesuatu yang mudah dicapai, ia adalah hasil daripada pengorbanan generasi terdahulu.

“Menjadi tanggungjawab kita untuk menjaganya demi memastikan generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang aman dan makmur seperti yang kita rasai sekarang,” katanya yang hadir mewakili Pegawai Daerah Bagan Datuk Nazrul Fazami Mohamad.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali.

-RI

Tinggalkan komen anda