Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurMATerengganu

Semarak Patriotisme Warnai Sambutan Bulan Kebangsaan di SMK Tengku Intan Zaharah

By 17 Ogos 2025Ogos 18th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin

DUNGUN, 17 Ogos (MalaysiaAktif) – Suasana penuh warna-warni dengan kibaran Jalur Gemilang, laungan semangat serta persembahan pelajar menyerikan Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Intan Zaharah.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum Omar Mustaffa, berkata pada kelmarin itu bukan sekadar acara tahunan, malah menjadi platform penting menyemai rasa cinta tanah air dalam kalangan pelajar.

Persembahan pelajar sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah.

“Pelbagai aktiviti seperti ceramah kemerdekaan, persembahan pelajar dan gimik pelancaran telah memberi peluang kepada generasi muda untuk menjiwai sejarah dan menghayati erti sebenar patriotisme,” katanya.

Pelajar Tingkatan Empat Putri Sara Sofea Mohd, menyifatkan program seperti ini wajar diteruskan setiap tahun.

“Sebagai pelajar, kita perlu menghargai pengorbanan pejuang terdahulu serta berusaha mengekalkan keamanan negara,” katanya.

Bagi Afeeqah Imtinan Alias, 16, tema Hari Kebangsaan tahun ini, ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’, memberi makna mendalam dalam membentuk perpaduan.

Putri Sara Sofea menyifatkan program seperti ini wajar diteruskan setiap tahun.

“Semoga sambutan Hari Kebangsaan ke-68 ini menjadi lambang keharmonian rakyat Malaysia,” katanya.

Majlis perasmian disempurnakan Pegawai Penerangan Daerah Dungun Aneta Ahmad yang turut mengingatkan generasi muda agar terus memelihara kedaulatan dan keamanan negara tercinta.

-RI

Tinggalkan komen anda