Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

RMK13 Perkasa Pendidikan untuk Masa Depan Malaysia

By 1 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini/Anuar Che Amat

KANGAR, 1 Ogos (MalaysiaAktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) semalam di Dewan Rakyat dengan menyemangati maksud pembangunan yang mampan dan setara untuk tempoh lima tahun mendatang.

Tumpuan khusus diberikan kepada pendidikan awal kanak-kanak, penguasaan pelbagai bahasa dan pembangunan insan secara menyeluruh bagi melahirkan generasi yang berdaya saing dalam landskap global yang semakin mencabar.

Pendidikan teras pembangunan negara, menjadi keutamaan dalam RMK13.

Pelajar Sekolah Agama Islahiyah Menenga Wan Nur Filzah Raihanah, 14, ketika ditemui semasa Pertandingan Pengisahan Peringkat Akhir Negeri Perlis 2025 berkata penguasaan pelbagai bahasa memberi kelebihan kepada pelajar, bukan sahaja dalam pembelajaran, malah dalam memperkukuh keyakinan diri dan komunikasi silang budaya.

“Bahasa ialah jambatan ilmu. Kalau kita boleh kuasai lebih daripada satu bahasa, kita akan lebih bersedia untuk berinteraksi dan memahami dunia luar,” katanya yang boleh berkomunikasi dalam berbahasa Arab.

Dalam pada itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Puan Muda Tengku Fauzia M. Darwisy Khairul Anuar, 14, pula berpendapat pentingnya pendidikan awal prasekolah dari lima tahun, sebagai landasan kukuh untuk kejayaan pembentukan sahsiah dari awal lagi.

“Saya dulu, mula ke tadika sejak umur enam tahun. Ia banyak bantu saya untuk lebih cepat faham dan seronok belajar di sekolah rendah kemudian, dan saya melihat kearah mewajibkan lima tahun bagi pra persekolahan, ia akan banyak membantu perkembangan kanak-kanak yang akan menjadi warisan negara kelak ” katanya.

Pendekatan yang menekankan pendidikan dari usia muda itu bertepatan dengan aspirasi RMK13 yang mahu memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia mendapat permulaan terbaik dalam kehidupan mereka kerana pendidikan sememangnya bukan sekadar keperluan asas malah menjadi pelaburan jangka panjang membentuk masyarakat progresif dan berdaya tahan.

Komitmen Kerajaan Perpaduan MADANI dalam memperkukuh agenda pendidikan di bawah RMK13 jelas membuktikan bahawa pendidikan bukan sahaja kunci kepada kemajuan individu, malah asas penting kepada pembangunan negara secara keseluruhan.

-RI

Tinggalkan komen anda