Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Semarak Sukan, Kukuh Perpaduan Melalui Program 1,000 Liga

By 9 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Syahida Che Rus (Yan)

YAN, 9 Ogos (MalaysiaAktif) – Program 1,000 Liga anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan dengan kerjasama Majlis Daerah Yan serta Kelab Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah berjaya menyemarakkan semangat kesukanan dan mengukuhkan perpaduan masyarakat setempat.

Berlangsung meriah di D’Yan Chalet, Titi Hayun, di sini pagi tadi, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Belia Negeri Kedah Mohd Faizal Bahdor dalam ucapannya memuji inisiatif penganjur serta komitmen peserta dan berharap agar program seumpama itu diperluaskan kepada semua lapisan masyarakat.

Bagi acara pertandingan, Norizan Mohd Yusof, 41, dinobatkan sebagai juara kategori individu.

“Saya sangat bangga dengan pencapaian ini dan berharap penganjuran ini dapat diperluas bagi melibatkan lebih ramai penduduk, khususnya golongan belia dalam usaha memupuk minat dan semangat kesukanan,” katanya.

Program berakhir dengan sesi bergambar kenangan bersama para pemenang, penganjur dan tetamu kehormat.

-RI

Tinggalkan komen anda