Skip to main content
Berita TempatanSarawak

DSP 2025 Perkukuh Kesiapsiagaan Kesihatan Awam dan Komuniti Berisiko – Henry

By 5 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Sumardi Sugiman/ Jackson Abell (Sarawak)

BAU, 5 Sep (MalaysiaAktif) – Penduduk Kampung Serasot tanpa mengira latar belakang menyambut baik dan menjayakan Disease Surveillance Program (DSP) 2025 anjuran Sarawak Infectious Disease Centre (SIDC) dengan kerjasama Pejabat Daerah Bau yang berlangsung di dewan serbaguna kampung tersebut, di sini hari ini.

Henry menyantuni penduduk kampung yang hadir menjayakan Disease Surveillance Program (DSP) 2025 di Dewan Serbaguna Kampung Serasot.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak Datuk Henry Harry Jinep dalam ucapan perasmiannya menjelaskan inisiatif tersebut berasaskan pendekatan One Health bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam terutamanya di kawasan luar bandar dan komuniti berisiko.

Penduduk Kampung Serasot menyambut baik Program DSP 2025.

“Pengesahan awal serta pengurusan penyakit berjangkit amat penting bagi melindungi kesihatan kita dan melalui pengumpulan data asas mengenai kesihatan manusia, haiwan dan persekitaran, program ini akan menjadi asas kepada strategi kesihatan awam yang lebih kukuh,” katanya.

Henry menambah melalui DSP, pemeriksaan kesihatan percuma disediakan termasuk ujian tuberkulosis, jangkitan cacing usus, tekanan darah, tahap gula dalam darah, kandungan zat besi serta saringan HPV untuk wanita berumur 35 tahun sehingga 65 tahun dengan kerjasama ROSE Foundation.

Dr Ivan menyampaikan penghargaaan terhadap penglibatan masyarakat setempat yang bersama menjayakan program.

“Pengesanan awal jangkitan terpendam, penyakit baru muncul atau berulang, membolehkan kita mengurusnya dengan lebih berkesan, mengurangkan beban penyakit serta menyokong dasar kesihatan awam berasaskan bukti dan perancangan sumber yang lebih tepat,” ujar Henry lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Infectious Disease Centre (SIDC) Dr Ivan Yap Kok Seng juga bersama ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat dan ketua-ketua kaum (KMKK) di Bau turut hadir ke program berkenaan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda