Skip to main content
Berita TempatanSarawak

SAREF 4.0 Fokus Kepada Kelestarian Dan Peralihan Tenaga Di Sarawak Dan Rantau Asia Tenggara

By 5 September 2025September 8th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Lim Poh Choo/ Cassidy Lisut (Sarawak)

KUCHING, 5 Sep (MalaysiaAktif) – Forum Kelestarian dan Tenaga Boleh Diperbaharui (SAREF) 4.0 yang berlangsung selama dua hari iaitu dari 3 hingga 4 September berjaya menghimpunkan lebih 90 penceramah antarabangsa dan lebih 1,000 peserta dari dalam dan luar negara di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

SAREF 4.0 merupakan acara penting yang memfokuskan kepada kelestarian dan peralihan tenaga di Sarawak dan rantau Asia Tenggara dengan tujuan mengumpulkan pemimpin dan pakar global serta serantau untuk bertukar-tukar idea, mencetuskan inovasi dan mengukuhkan kerjasama demi masa depan tenaga yang lestari.

Sharbini Suhaili menyampaikan ucapan di majlis peutupan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datuk Sharbini Suhaili, pemimpin di rantau ASEAN sebulat suara bersetuju untuk mengambil langkah penting dalam merealisasikan kejayaan Grid Tenaga ASEAN (APG).

“Komitmen politik dan kepimpinan proaktif pihak tersebut amat penting bagi mengatasi cabaran koordinasi pelbagai bidang kuasa agar projek tenaga nasional selaras dengan strategi serantau.

“Kita juga telah mengenal pasti sokongan pembiayaan yang tersedia dan mudah diakses melalui mekanisme khusus daripada institusi kewangan, bank pembangunan multilateral serta modal sektor swasta,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan SAREF 4.0 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

Sesi foto berkumpulan Pemenang Anugerah Belia Tenaga ASEAN (AEYA) kenamaan yang hadir.

Pada majlis penutupan tersebut, anugerah khas telah disampaikan kepada peserta program iaitu Anugerah Belia Tenaga ASEAN (AEYA) yang merupakan sebahagian daripada SAREF dan dianjurkan bersama oleh Pusat Tenaga ASEAN (ACE) dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

AEYA terbahagi kepada tiga kategori iaitu Pembentangan Dasar, Rekabentuk Infografik dan Cabaran Video, bertujuan mengalakkan inisiatif dan inovasi belia di rantau ASEAN dalam sektor tenaga boleh baharu, dengan matlamat meningkatkan kesedaran tentang kerjasama tenaga serantau dan pembangunan tenaga lestari.

-RJ-

Tinggalkan komen anda