Skip to main content
Berita TempatanLabuan

148 PJRM Dilaksanakan di Labuan Tahun Ini

By 15 Disember 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 15 Dis (MalaysiaAktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan telah melaksanakan sebanyak 148 Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) sepanjang tahun ini.

PJRM Mega mendapat sambutan menggalakkan daripada warga Labuan

Pengarahnya Junaidah Arbain berkata pelaksanaan PJRM termasuk siri istimewa sempena Back To School 2025, Tahun Baharu Cina, Ramadan dan Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Sambutan Kemerdekaan, PJRM@Premium PJRM@Mega dan PJRM@Kampus.

“Pelaksanaannya telah melebihi sasaran daripada yang ditetapkan iaitu sekali ganda kerana kita melihat kepada permintaan warga Labuan itu dan ada keperluan untuk kita melaksanakan pada setiap minggu”, katanya.

Beliau berkata demikian ketoka ditemui media semasa meninjau PJRM Mega “Kembali ke Sekolah dan Perayaan Krismas 2025,” di sini kelmarin.

Tambahnya, sebanyak RM2.2 juta diperuntukkan kerajaan pada tahun ini, lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya bagi menampung subsidi barangan terpilih di bawah PJRM di Labuan.

“Subsidi ini membolehkan pengguna menikmati penjimatan antara 10 hingga 30 peratus daripada harga pasaran,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda